Bahan-bahan
- 90gram mentega
- 90gram gula halus
- 1 biji telur
- 2-3 biji pisang ( dilecek dengan 1 sudu teh kapur )
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan yang disatukan kemudian diayak ( Bahan B )
- 120gram tepung gandum
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
Cara-cara
- Griskan bekas acuan segiempat sama dan alaskan dengan kertas minyak bergris.
- Putar mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu.
- Masukkan telur dan pukul lagi.
- Campurkan bahan pisang lecek dan esen vanila. Kacau rata dan masukkan bahan B dan susu.
- Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 175 darjah selama 35-40 minit.
Soalan jawab :
1. Apa jenis pisang yang sepatutnya digunakan supaya kek pisang berbintik-bintik hitam?
Jawapan : Banyak jenis pisang boleh digunakan tetapi apa yang penting, pisang itu mestilah masak. Untuk mendapatkan kesan bintik hitam pada kek pisang, cuba gunakan pisang rastali.
2. Kek elok tetapi bahagian dalam terlalu basah, apa silapnya?
Jawapan : Cuba gunakan dua biji pisang rastali masak yang sederhana besar. Pisang emas tidak sesuai untuk dibuat kek. Pastikan ketuhar dipanaskan pada suhu yang tepat. Sebelum dikeluarkan dari ketuhar, uji kek dengan lidi kayu : kek itu masak apabila lidi tidak melekit selepas dikeluarkan.
Kongsi Artikel ini di Wall facebook anda.
Artikel lain yang menarik:
Belum ada tanggapan untuk "TIPS DAN RESEPI KEK PISANG MUDAH"
Post a Comment