Semalam penulis berpeluang masak makanan Indonesia iaitu ayam penyet. Cuma penulis ubah suai resepi ikut selera sendiri. Penulis lebih gemarkan cili padi hijau berbanding cili padi merah. Cili padi tersebut mesti ditumbuk, tetapi ada yang giling dan ada juga yang kisar. Jadi, terpulang pada anda.
Bahan:
- Ayam – 4 ketul ayam dada dan 2 ketul ayam peha
- Cili padi – ikut selera anda (10 hingga 20 batang)
- 1 biji bawang besar
- Kobis
- Sayur Kangkung
- Tempe
- Tauhu
- Perasa – garam, serbuk stok ikan bilis
Cara membuat ayam goreng
- Ayam dipotong kecil, ikut selera masing-masing. Ayam digaul bersama serbuk kunyit, lada hitam dan garam – Digaul rata
- Goreng bila minyak sudah panas
- Tips: resepi ayam goreng boleh diubah suai ikut bagaimana yang anda mahukan. Ada setengah resepi menggunakan ayam rebusan sup dan digoreng terus, ada yang membuat ayam bakar, kiranya pelbagai cara anda boleh buat.
Cara membuat sambal tumbuk hijau
- Cili padi ambil berapa banyak, ikut kepedasan masing-masing. Tumbuk cili sampai lumat, masukkan 1 biji bawang besar yang telah dihiris nipis. Kalau mahu masukkan ikan bilis juga boleh. Tumbuk rata semua bahan.
- Selepas itu, tumis adunan ke dalam kuali, letak minyak sedikit – jika tidak diletak minyak, sambal akan kering. Penulis gunakan minyak zaitun
- Sambil itu, perasakan dengan secubit garam tetapi jika masih tidak sebati letakkan stok ikan bilis.
- Sentiasa kacau sambal supaya tidak melekat dan hangus. Bila nampak sudah masak, boleh angkat.
Tips: Jika ingin kurang rasa pedas boleh letak tomato dan ikan bilis
- Tempe dan tauhu dipotong dan digoreng.
- Sayur kangkung dicelur ke dalam air panas.
- Ayam goreng kunyit lada hitam, sambal hijau, tempe dan tauhu serta ulaman kangkung dan kobis dimakan bersama nasi panas. Kicap sebagai peneman kalau tidak tahan pedas.
Kongsi Artikel ini di Wall facebook anda.
Artikel lain yang menarik:
Belum ada tanggapan untuk "RESEPI MUDAH : AYAM PENYET SAMBAL TUMBUK HIJAU"
Post a Comment