KANGKUNG BELACAN
.
Bahan- bahan :
.
kangkung (utk satu pinggan hidangan la..pandai2 la agak..ehhe) - dipotong
10 ekor udang kecil (kalau xnak letak pun xpe)
minyak secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya
.
ditumbuk :
.
2 ulas bawang putih *
sedikit belacan (guna sambal belacan pun xpe) *
satu tangkai cili merah
.
cara membuatnya :
.
panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
.
masukkan kangkung dan air, biarkan setengah masak.
.
masukkan udang dan gaul rata. perasakan dengan sedikit garam dan jangan biarkan sehingga sayur tersebut terlalu layu (terlalu lembik).
.
siap! hidangkan dalam pinggan.
Sumber : Nadea El Fatteh
ASPARAGUS SOS TIRAM
.
Bahan-bahan:
.
1 ikat asparagus (kurang lebih 2 cekak)
15 ekor udang saiz sederhana, kupas, cuci dan toskan
4 biji cili padi merah, dititik
4 biji cili padi hijau, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa
.
Cara buat:
.
Asparagus diambil bahagian lembut sahaja, caranya, ambil1 asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambik bahagian lembut. Kemudian letak bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran bahagian lembut.
.
Kemudian kerat 3 atau 4 bahagian ikut saiz yang anda inginkan. Cuci dan toskan.
.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hijau/merah hingga harum, masukkan sos tiram dan udang. Kacau rata.
.
Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus, kacau dan tambah secubit gula dan sos ikan secukup rasa.
.
Masak hingga asparagus lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
.
Hidangkan panas bersama nasi hangat.
Sumber : Mat Gebu
RESEPI SAYUR KACANG PANJANG DGN JEJARI KETAM
Bahan-bahannya :
● 10 batang kacang panjang
● 10 jejari ketam - di potong kecil-kecil
● 2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
● Garam secukup rasa
● Sedikit minyak bijan - 1/2 sudu kecil
Bahan-bahan ditumbuk lumat :
● 2 biji bawang merah- kupas kulit
● 2 ulas bawang putih - kupas kulit
Cara-caranya :
1. Bersihkan kacang panjang dan dipotong menyerong . Jejari ketam dipotong kecil-kecil . Kupas semua bawang dan ditumbuk semua bawang sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan yang ditumbuk kemudian dikacau sampai bawang jadi wangi dan layu .
2. Masukkan semua jejari ketam dan kacau bagi sedikit kekuningan dan masak . Boleh dimasukkan semua kacang dan dikacau rata , masukkan sos tiram secukup rasa serta minyak bijan . Kacau semua bahan dan jika kurang masin baru lah di masukkan garam , bila kacang dah masak boleh la ditutup api dapur .
Sumber :Fathima Zehra El-Annes
SAYUR CAMPUR BERGAJUS
.
Bahan-bahan:
.
Bahan A
.
1/4 cawan biji gajus - di goreng dan toskan
10 tangkai cili kering - di goreng dan toskan
1/2 cawan isi ayam - di potong memanjang
1 sudu besar Sos Tiram Maggi
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan minyak sayuran - untuk menggoreng
.
Bahan B
.
1/4 cawan lobak merah - di potong seperti mancis
1/4 cawan brokoli
4 tangkai sayur bok choy
4 tangkai putik jagung - di potong menyerong
1/4 cawan hirisan lada benggala (kuning dan merah)
1/4 cawan air
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak sayuran - untuk menumis
.
Cara-cara
.
Panaskan 1 cawan minyak di dalam kuali, goreng isi ayam yang di perap dengan Sos Tiram Maggi serta golekkan dengan tepung jagung terlebih dahulu sehingga garing. Goreng juga biji gajus dan cili kering secara berasingan.Tos dan ketepikan seketika.
.
Di dalam kuali yang lain, panaskan 2 sudu besar minyak sayuran. Masukkan putik jagung dan lobak merah terlebih dahulu. Kacau sebentar dan masukkan pula sayur brokoli dan bok choy sambil di kacau lagi.
.
Seterusnya tuangkan air kedalam sayuran dan kacau lagi.
.
Setelah sayuran separuh masak masukkan lada benggala dan taburkan penambah perasa semua dalam satu, Maggi Cukup Rasa ke dalam sayuran.
.
Seterusnya masukkan cili kering, isi ayam dan biji gajus yang di goreng tadi. Kacau hingga semuanya bercampur dengan sayuran dan matikan api dapur. Jangan terlebih masak ye, kerana zat dan vitamin dalam sayuran akan hilang.
Sumber : fizalgk - myresepi
TAUGEH TUMIS IKAN MASIN
.
Bahan-bahan
.
250 g taugeh - dibersihkan
100 g isi ikan kurau kering - (atau lebih kurang) potong kecil2 dan goreng garing
1 biji bawang besar - hiris halus
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 tangkai cili merah - hiris
3 tangkai cili padi (opt) - belah 2 jangan putus
sedikit lada sulah serbuk
garam dan perasa secukup rasa (jika perlu)
daun kucai atau daun sop/bawang - hiris
sedikit kicap manis
sedikit minyak masak - untuk menumis
bawang goreng - untuk tabur
.
Cara-cara
.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis hingga wangi dan masukkan cili merah dan cili padi dan gaul.Masukkan juga lada sulah serbuk, garam dan perasa secukupnya jika perlu.
.
Kecilkan api, masukkan ikan kering, tauge, hirisan daun kucai atau daun sop/bawang. Balek2kan sekejap lalu matikan api supaya taugeh tidak layu sambil direnjiskan sedikit kicap manis.
.
Ketika menghidang, tabur sedikit bawang goreng.
.
Lauk tauge ini enak juga ditambah hirisan tomato.
Sumber : Kak Fida - myresepi
SALAD KENTANG
.
Bahan-Bahan:
.
4 biji Ubi kentang bersaiz sederhana dipotong dadu*
2 biji telur*
4 keping meatloaf *- sy guna jenama ayam dinding
10 biji tomato ceri (sekiranya besar boleh dibelah dua)
2 tangkai daun salad dihiris
1 ulas bawang merah dihiris bulat dan nipis-nipis
1 sudu kecil lada hitam biji (diblend)-nak guna serbuk lada hitam pun boleh.
3 sudu besar mayonese
Garam secukup rasa
.
Cara Membuat:
.
1. Rebuskan semua bahan-bahan bertanda*.
.
2. Setelah ubi kentang masak, taburkan garam secukup rasa keatas kentang dan digaul rata. Biarkan bahan-bahan rebus sejuk pada suhu bilik.
.
3. Hiris telur rebus dan meatloaf kecil-kecil mengikut saiz yang anda inginkan.
.
4. Kemudian masukkan kentang,hirisan telur, meatloaf dan bahan-bahan yang lain didalam satu bekas besar dan digaul rata.
.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Sumber : Fb Page Rahsia Hawa
SAYUR CAMPUR
.
Bahan2
.
-bunga kobis
-brokoli
-sudip jagung
-karot
-cili padi
-bawang besar
-bawang putih - diketuk2
-sos tiram
-garam- sikit je
-minyak
-air
.
Cara-cara:
.
1. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga garing sikit
.
2. Masuk sos tiram dan sedikit garam (sikit je sb sos tiram dah masin) kacau rata
.
3. Masuk kan sayur keras spt karot,bunga kobis dan sudip jagung,kacau seketika hingga agak layu sikit
.
4. kemudian tambah bahan lain dan sedikit air,biarkan seketika kemudian tutup api..
Sumber : Nadea El Fatteh
SUP SAYUR PETOLA
.
Bahan-bahan:
.
1 batang sayur petola
1 peket suhun/fucuk
1 peket cendawan tiram
5-6 kacang buncis
1 peket fish ball
segenggam udang kertas kecil
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan - kalau tak ada pun ok
Air secukupnya
Garam secukup rasa
.
Bahan ditumbuk lumat:
.
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
.
Cara buat:
.
1) Bersihkan sayur petola kemudian di buang kulit luar yang keras dan ambil dipotong kecil . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu . Bersihkan semua sayur kacang buncis dan dipotong kemudian siat cendawan dan bersihkan udang .
.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan udang kertas serta sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air untuk kuah .
.
Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur petola dahulu , fishball dan biar sampai sayur separuh masak baru la dimasukkan cendawan dan dikacau .
.
Masukkan kacang buncis , garam secukup rasa dan bila sayur dah masak boleh dimasukkan suhun serta fucuk , kacau semua bahan-bahan .
.
Boleh terus ditutup api dapur fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas . Jangan masak sup ni terlalu lama nanti sayur menjadi layu dan lembik .
Sumber : Nadea El Fatteh
RESEPI SAYUR CAMPUR GORENG DAGING
.
BAHAN-BAHANNYA:
300 g daging batang pinang, hiris nipis*
1 inci halia, ditumbuk halus*
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus*
1 camca serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 30 minit)
2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
Beberapa titik minyak bijan
200 g brokoli, dipotong sekuntum2
1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan potong serong setiap belahan
6 - 7 biji putik jagung, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air, kacau rata
Sedikit garam jika perlu
.
CARA MEMBUATNYA:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan kicap cair, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan masak hingga daging lembut. Tambah air jika perlu.
Masukkan lobak merah dan jagung, kacau rata dan masukkan brokoli. Kacau rata dan tuang bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan minyak bijan dan masak hingga sayur lembut. Rasa dan jika kurang masin, tambah garam secukup rasa. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan
.
Selamat mencuba dan kalau suke boleh share resepi ni
SAYUR CAMPUR ALA CINA
.
Bahan-bahan :
.
50g bunga kubis.
5 ulas kacang buncis.
1 biji lada benggala – dipotong dadu.
2 biji lobak merah – dipotong nipis.
5 ulas bawang putih – dikisar.
2 sudu besar sos tiram.
sedikit stok ayam.
50ml air.
2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.
2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).
10g bawang merah – digoreng (untuk hiasan).
.
Cara Penyediaan Resepi :
.
1.Panaskan kuali , masukkan minyak dan t.umis bawang putih
.
2.Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.
.
3.Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
.
4.Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
.
5.Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.
PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI API + TEMPOYAK
bahan:
2 cekak pucuk ubi.. rebus hingga lembut
3 ulas bawang merah*
10 biji cili api merah*
1/2 inci kunyit hidup*
segenggam ikan bilis*
3 sudu tempoyak
1 cawan santan
garam & aji
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dipotong kecil2
cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*)
masukkan semua bahan didalam kuali dan masak hingga sebati.. gunakan api kecil..
rasa garam dan aji.. bila dah ok angkat..
bolehlah dihidang..
Sumber : Nadea El Fatteh
REBUNG MASAK LEMAK CILI API PEDAS
Bahan-bahan:
300 gram rebung
250 gram udang
3 batang serai – diketuk
3 helai daun kunyit – disiat
1 keping asam keping
1 liter santan cair
1 biji santan
Garam dan gula secukupnya
Bahan yang perlu dikisar :
20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
setengah inci kunyit hidup
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Cara-cara memasak:
1.Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan
2.Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati
3.Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak
4.Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
5.Siap untuk dihidangkan
P/s:Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan santan segar.Selain itu,kuahnya perlulah sentiasa di kacau atau dilimbuk supaya kuahnya tidak berbiji-biji.
Sumber : Nadea El Fatteh
RESEPI SAYUR CENDAWAN GORENG
BAHAN2NYA;-
cendawan(ikut nak sebyk mana)
50 sen daun sup serta daun bawang
5-6 ekor udang sedang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sebiji cili merah
garam secukup rasa
sedikit air
.
CARA2NYA;-
cendawan dicarikkan jika besar saiznya
tumiskan bawang putih serta bawang besar yg dihiris
masukkan udang..masukkan cendawan.
masukkan garam,sedikit air serta cili merah yang dipotong serong..akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong agak2 1 inci...siap
1 sudu besar udang kering *
1 mangkuk kecil cili kisar @ cili kering buang biji secukupnya, rendam sekejap dlm air panas kemudian kisar bersama bahan bertanda * diatas nati.
3 keping tauhu - hiris nipis
1 biji ubi kentang saiz sederhana besar - hiris nipis
1 batang lobak merah - hiris panjang
3 ulas bawang putih - hiris nipis
4-5 keping sayap ayam - potong kecik @ 1 mangkuk kecil jantung ayam/pedal
1 labu bawang besar - hiris nipis
kacang panjang secukupnya
garam @ serbuk pati ayam dan gula secukup rasa
1. Kisar lumat bahan bertanda *.
2. Dalam kuali panaskan minyak secukupnya, goreng ubi kentang biar masak atau sedikit garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula tauhu hingga sedikit perang, angkat dan ketepikan, kemudian goreng kepak ayam.
4. Dengan kuali yang sama, tinggalkan minyak untuk menumis secukupnya dan tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga wangi.
5. Masukkan bawang putih, lobak merah dan ayam, masak sambil dikacau sekali sekala.
6. Masukkan bahan lain dan perasa secukup rasa, kacau balik biar semua bahan mesra dan sambal sedikit kering.
SAYUR GORENG TELUR
.
Bahan-bahan
.
100g brokoli
100g bunga kobis
100g carrot
2 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 biji telur saiz besar
1 biji cili merah besar
.
Cara-cara
.
1. Tumiskan bawang putih sehingga kuning.
.
2. Kemudian masukkan brokoli, bunga kobis dan carrot.
.
3. Setelah sayur setengah masak, pecahkan telur ditengah-tengah. Kacau dengan cepat sehingga telur hancur dan menyelaputi sayur.
.
4. Kemudian masukkan Maggi Cukup Rasa
.
5. Masukkan cili merah yang telah dipotong kecil-kecil. Goreng sehingga masak. Sedia untuk dihidang
Sumber : Diyana.Mhamud - myresepi
RESEPI SAYUR CHAN CHOY <3
.
– 1 Ikat sayur chan choy.
– 1 Bawang besar dipotong bulat.
– 3 Biji bawang putih.
– 1 Cili merah dipotong nipis.
– 1 Sk Minyak bijan.
– 1 Sk Serbuk lada hitam.
– 1 Sk Udang kering ditumbuk.
– Garam dan gula secukupnya.
.
Cara penyediaan :
● Tumis bawang putih yang diketuk hingga wangi diikuti dengan bawang besar.
● Biar hingga layu.
● Masukkan gula dan udang kering tumbuk.
● Masukkan sayur chan choy.
●Kacau hingga sedikit layu.
● Masukkan cili merah dan serbuk lada hitam.
● Kacau lagi.
● Masukkan minyak bijan.
● Perasakan denga garam dan gula.
● Siap dihidang.
Kongsi Artikel ini di Wall facebook anda.
Belum ada tanggapan untuk "Aneka koleksi resepi masakan sayur-sayuran"
Post a Comment