Pernahkah anda mendengar mengenai Cabbage Soup Diet ataupun Miracle Soup Diet? Diet ini direka untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dengan cepat dengan makan sup kobis berkalori rendah dalam masa 7 hari. Tetapi dalam masa 7 hari itu, anda dibenarkan mengambil makanan seperti ayam,daging, buah-buahan tetapi dalam kuantiti yang ditetapkan.
Ramai yang telah mencuba diet ini dan memang berkesan dan menampakkan hasil penurunan berat badan sehingga 4 kilogram dalam masa satu minggu walaupun pakar-pakar pemakanan menunjukkan bahawa ia adalah hampir mustahil untuk kehilangan lemak yang banyak dalam masa seminggu dan menganggap berat badan yang hilang itu adalah air.
Review
Sebelum ini penulis pernah sekali mengamalkan Cabbage Soup Diet ini dan berjaya menurunkan berat badan sehingga 2.5kg dalam masa seminggu. Akan tetapi perlu diingatkan, sebagai orang Malaysia sejati, penulis memang sukar bertahan sebab dah biasa mengambil karbohidrat seperti nasi,mi, bihun dan sebagainya. Pada mulanya penulis tiada masalah mengambil sehingga 3 cawan sup sehari disamping mengambil makanan lain di dalam pelan pemakanan yang disediakan. Tetapi masuk hari ketiga, rasa mual dan bosan mula datang dan memang rasa nak berhenti dari mengamalkan diet ini… Sampai pening kepala dibuatnya gara-gara terlalu ingin makan nasi putih! Pada hari pertama dan kedua, berat badan penulis turun sehingga 1kgdan masuk hari ketujuh setelah ditimbang, berat badan turun 2.5kg.
Pada mereka yang ingin mencuba diet ini, pastikan anda benar-benar bersedia dan komited kerana bayangkan anda terpaksa makan sup yang sama untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan malam selama 7 hari berturut-turut. Tetapi hasilnya memang nampak!
Perlu diingatkan, diet ini amat berkalori rendah dan hanya boleh dibuat selama 7 hari sahaja. Jika anda ingin mencuba diet yang sama, pastikan dibuat selang 2 minggu ( GAP 2 minggu ) selepas diet yang pertama. Maknanya anda boleh buat diet ini pada minggu pertama dan keempat setiap bulan.
Resepi sup kobis
- 6 biji bawang besar ( dihiris )
- 3 ulas bawang putih
- 2 bihi lada hijau / capsicum / lada benggala / cili merah
- 1 atau 2 tin tomato (dipotong dadu)
- 1-2 biji tomato segar
- 3 biji lobak
- 1 tin cendawan ( anda boleh gunakan cendawan segar jika anda mahu )
- 1 -2 batang celery
- setengah biji kubis
- rempah ratus seperti : Oregano,Basil, Lada Hitam,
- Sedikit garam
- 4 cawan sup ayam ( atau 4 cawan air dan juga 1 kiub pati daging/ayam )
Cara memasak
- Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun di atas api yang sederhana.
- Tambah bawang besar dan bawang putih dan masak sehingga naik bau.
- Tambahkan sayuran seperti lobak merah, lada/capsicum, celery dan tumiskan hingga agak masak.
- Masukkan air dan kiub pati ayam/daging ataupun sup ayam.
- Masukkan pati tomato,kubis dan tomato segar. Masa sehingga kobis lembut.
- Tambahkan rempah ratus dan garam jika perlu.
Pelan Diet 7 Hari
Hari Pertama:
Buah-buahan: Makan semua buah-buahan yang anda mahu (kecuali pisang ). Hanya makan sup dan buah-buahan untuk hari pertama. Minuma teh tanpa gula, jus kranberi dan air.
Hari Kedua:
Sayur-sayuran : Makan semua sayur-sayuran segar , mentah atau dimasak mengikut pilihan anda. Cuba makan sayur-sayuran berdaun hijau dan menjauhkan diri dari kacang dan jagung. Makan semua sayur-sayuran anda mahu bersama-sama dengan sup anda. Untuk makan malam, anda boleh ambil kentang bakar yang besar dengan mentega. Jangan makan buah-buahan pada hari ini.
Hari Ketiga:
Campuran Hari Pertama Dan Kedua : Makan sup , buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda mahu. Tidak boleh mengambil kentang panggang .
Hari Keempat:
Pisang dan Susu Skim : Makan sebanyak lapan biji pisang dan minum seberapa banyak susu tanpa lemak yang anda ingin pada hari ini, bersama-sama dengan sup anda. Ini untuk mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.
Hari Kelima:
Daging Dan Tomato : Makan sehingga 200-250gram daging dan 6 biji tomato segar. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air hari ini untuk mencuci asid urik dari badan anda. Makan sup sekurang-kurangnya sekali hari ini. Anda boleh makan ayam panggang / stim jika tidak mahu mengambil makanan dari daging lembu ( tetapi elakkan makan kulit ayam). Jika anda mahu, anda boleh menggantikan menu anda kepada ikan panggang.
Hari Keenam:
Daging dan sayur-sayuran : Makan sebanyak mana daging lembu dan sayur-sayuran hari ini. Anda juga boleh makan sehingga 3 keping stik daging pada hari ini dan juga sayuran berdaun hijau. Makan sup anda sekurang-kurangnya sekali.
Hari Ketujuh:
Makan nasi dari beras perang, jus buah-buahan tanpa gula dan sayur-sayuranPastikan anda makan sup sekurang-kurangnya sekali hari ini.
Kongsi Artikel ini di Wall facebook anda.
Artikel lain yang menarik:
Belum ada tanggapan untuk "[ REVIEW + RESEPI ] ‘CABBAGE SOUP DIET’ : MAKAN SUP KOBIS BOLEH TURUN HINGGA 4KG SEMINGGU"
Post a Comment