Pages

Wednesday, 25 November 2015

RESEPI BUBUR/PENGAT LABU YANG AMAT MUDAH

photo 3 (3)
Bahan-bahan
  • separuh biji buah Labu ( dipotong dadu )
  • 1-2 biji gula melaka ( saiz sederhana )
  • 1 paket Santan
  • segenggam Sagu
  • sedikit air
  • 2 helai daun pandan
Cara-cara
1. Masukkan labu , daun pandan di dalam periuk dan masukkan air hingga boleh meneggelamkan labu yang telah dipotong dadu kemudian didihkan. Tambahkan sagu jika mahu.
photo 1 (5)
2. Bila labu dah lembut ( lebih kurang 20-30minit), masukkan santan dan gula melaka/kabung. Biar hingga gula betul-betul cair. Masak hingga sagu benar-benar kembang.
3. Hidangkan ketika panas atau sejuk.
photo 4 (2)

No comments:

Post a Comment