
Selalunya mereka yang bekerja tiada masa untuk makan pagi yang berkhasiat. Ditambah pula tiada masa untuk memasak dan sebagainya. Jadi kami ingin berkongsi resepi smoothie mudah dengan kos yang rendah yang anda boleh cuba di rumah untuk dijadikan sebagai sarapan ataupun makanan tengahari/malam. Tips untuk anda semasa membuat smoothie sihat, sejuk bekukan buah-buahan terlebih dahulu supaya smoothie yang dibuat rasa sejuk tanpa menggunakan ais.
The Hulk Smoothie
- 1/2 biji buah avocado
- segenggam sayur bayam yang dibasuh ( lebih baik organik )
- satu cawan susu
- 1 sudu madu
- 1 biji pisang

Sunshine Smoothie
- 1 biji buah mangga yang dipotong dadu
- sedikit jus limau nipis atau lemon
- 1 cawan air kelapa
Yummy Smoothie
- satu genggam sayur bayam
- 1 biji epal yang dipotong dadu
- 1 biji pisang masak
- 1 cawan air masak
Sweetpie Smoothie
- Sebiji pisang
- 1/2 biji avokado
- 1 sudu madu
- 1 cawan susu soya
- 1 sudu serbuk koko

Clean Smoothie
- 1 batang seleri
- 1 biji pisang
- segenggam bayam
- 1 sudu madu
- 1 cawan susu soya

No comments:
Post a Comment